Tuesday 29 March 2016

Majlis Perpisahan Pn Asmawati

Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Pn Asmawati yang berpindah ke SK Balok, Kuantan, Pahang kerana mengikut suami yang bertugas di Kuantan, Pahang.  SK Tun Syed Ahmad Shahabudin pasti akan merasai kehilangan beliau.  Sehubungan itu, KGS SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah merancang satu majlis perpisahan yang ringkas namun bermakna bagi meraikan perpindahan Pn. Asmawati yang telah berkhidmat selama hampir enam tahun.  Jasa dan pengorbanan beliau sejak awal pembukaan sekolah ini pasti tidak akan dilupakan.  Kami di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin mendoakan agar Pn Asmawati terus sukses dan cemerlang  di sekolah baharu kelak,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
In Sha Allah, pasti kita berjumpa lagi.

Ucapan Perpisahan - Pn Asmawati

Penyampaian cenderahati sekolah daripada Tn Hj Adam

Penyampaian cenderahati Panitia Agama Islam & Bhs Arab
Penyampaian cenderahati daripada Pengerusi Kelab Guru & Staff









Friday 11 March 2016

MESYUARAT KELAB GURU & STAFF KALI 1/2016
Tarikh : Rabu 8 Mac 2016
Tempat : Bilik i-Think
Kehadiran : semua ajk kelab KGS sesi 2016-2017 kecuali Pn
Faizah Bt Wazir ( Berkursus ) & En Razali