Perlembagaan KGS


Perlembagaan Kelab Guru

KELAB GURU & KAKITANGAN SK TUN SYED AHAMAD SHAHABUDIN BERMAKSUD SEMUA KAKI TANGAN YANG BERKERJA SECARA TETAP DAN KONTRAK BERPANJANGAN SERTA MENERIMA PENDAPATAN DARI SEKOLAH. SEGALA URUSAN DAN KEBAJIKAN KELAB GURU PADA SATU TAHUN BERKENAAN AKAN DIKENDALIKAN OLEH AJK YANG DILANTIK PADA TAHUN SEMASA. SEGALA PROSES DAN TATACARA MELAKSANAKANNYA DIGARISKAN SEPERTI DI BAWAH:

Perkara 1: Nama dan Alamat Kelab

1.1 Nama Kelab : Kelab Guru dan Staf Sokongan, SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
1.2 Alamat : SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh 75450 Melaka

Perkara 2: Matlamat Penubuhan

Bertujuan untuk memupuk kerjasama, menjalin silaturahim serta meraikan ahli-ahli agar suasana berkerja di sekolah lebih kondusif dan harmoni

Perkara 3: Tujuan-Tujuan

3.1 Untuk membantu dan menambah usaha-usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-kehendak dan        keperluan guru-guru dan staf sokongan
3.2 Untuk mengadakan program dan aktiviti-aktiviti untuk kemajuan guru-guru dan staf sokongan
3.3. Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif
3.4 Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokong berinteraksi dan saling kenal

Perkara 4: Keahlian Kelab

4.1 Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
4.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik apabila bertugas secara rasmi
4.3 Pengetua dan Penolong Kanan merangkap penasihat Kelab
4.4 Ahli Kelab hilang kelayakan apabila bertukar, berhenti dan pencen tetapi tetap diraikan sebagai           bekas ahli kelab

Perkara 5: Ahli Jawatankuasa

5.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik pada tahun berkenanan
5.2 Ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada
      5.2.1 Pengerusi
      5.2.2 Penolong Pengerusi
      5.2.3 Setiausaha
      5.2.4 Penolong Setiausaha
      5.2.5 Bendahari
      5.2.6 Penolong Bendahari
      5.2.7 Ahli Jawatankuasa bergantung kepada keperluan

Perkara 6: Kewangan

6.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran kelab
6.2 Kadar yuran boleh diikuti dan boleh dipinda berdasarkan keperluan
6.3 Semua pungutan wang akan dimasukkan ke dalam akuan yang diuruskan oleh bendahari

Perkara 7: Aktiviti

7.1 Dijalankan mengikut perancangan akitivit tahunan dan bergantung kepada perubahan semasa
       pada tahun berkenanan
7.2 Aktiviti yang dijalankan juga lebih kepada aktiviti yang menyokong program sekolah

Perkara 8: Sumbangan dan Kebajikan

8.1 Kadar Sumbangan dan kebajikan kepada ahli akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa yang
      dilantik pada tahun semasa.
8.2 Antara jenis sumbangan yang dikenalpasti ialah
      8.2.1 Kematian ahli
      8.2.2 Pesaraan
      8.2.3 Bersalin, anak pertama sahaja
      8.2.4 Perkahwinan kali pertama sahaja
      8.2.5 Pertukaran
      8.2.6 Kemasukan ke wad dalam tempoh yang lama

Perkara 9: Mesyuarat Agung Tahunan

9.1 Mesyuarat agung tahunan akan diadakan pada hujung/awal tahun penggal
9.2 Sebelum mesyuarat agung dijalankan penasihat kelab dikehendaki membubarkan kelab
9.3 Setiap pencalonan bergantung kepada perubahan semasa
9.4 Segala fail, sumber kewangan dan pemilikan asset hendaklah diserahkan kepada ahli
      jawatankuasa baru yang dipilih pada tahun semasa